Majlis Penyerahan Sumbangan Hero Ramadan 6

Majlis Penyerahan Sumbangan Hero Ramadan 6

29 April 2022

Sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri, pihak Syarikat dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Hero Ramadan 6 pada 29 April 2022 di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebanyak 400 pek makanan telah diberikan kepada kakitangan Jabatan Kecemasan & Trauma HKL sebagai juadah untuk berbuka puasa. Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad kepada YBhg Datin Paduka Dr Rohana Johan, Pengarah HKL sambil disaksikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan. Terima kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan yang setia menjalankan tugas semasa bulan Ramadan. Selamat berbuka dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!