Majlis Penyerahan Sumbangan Program Jalinan Kasih Syawal 2022

Majlis Penyerahan Sumbangan Program Jalinan Kasih Syawal 2022

28 April 2022

Pharmaniaga dengan kerjasama Surau Al-Falah Kg. Baru Hicom, Shah Alam serta Pejabat Daerah dan Tanah Petaling telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Jalinan Kasih Syawal 2022 pada 28 April 2022 di Surau Al-Falah Kg. Baru Hicom Shah Alam. Penyerahan telah disampaikan oleh Puan Yang Fairuz Abdul Aziz, Pengarah Perkhidmatan Korporat Pharmaniaga kepada 100 keluarga Asnaf yang telah dikenal pasti oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Petaling sempena perayaan Aidilfitri. Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk baucar membeli-belah Mydin, pensanitasi tangan, pelitup muka dan Citrex vitamin C, hasil sumbangan daripada Kumpulan Pharmaniaga serta kutipan derma kakitangan. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu para penerima membuat persiapan meraikan Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.