Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA

Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA

24 April 2022

Sebagai tanda sokongan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Vietnam, pihak Syarikat telah berbesar hati menyumbangkan kit kesihatan yang mengandungi pensanitasi tangan, Citrex Vitamin C dan pelitup muka di MSN, Bukit Jalil pada 24 April 2022. Sumbangan ini disampaikan oleh oleh Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat kepada Datuk Nur Azmi Ahmad, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet negara yang akan bertanding. Malaysia boleh!