Majlis Rumah Terbuka Halal Bi Halal Anjuran PT MPI Tbk

Majlis Rumah Terbuka Halal Bi Halal Anjuran PT MPI Tbk

19 May 2022

Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Halal Bi Halal anjuran PT Millennium Pharmacon International Tbk (PT MPI Tbk), anak syarikat Pharmaniaga telah berjalan dengan lancar. Seramai 200 orang termasuk kakitangan Pharmaniaga telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang bertempat di The Sultan Hotel & Residence Jakarta, Indonesia pada 19 Mei 2022. Majlis ini diadakan bagi meraikan bulan #Aidilfitri yang mulia ini, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara kakitangan PT MPI Tbk dan Pharmaniaga. Turut hadir, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan, En. Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Dato’ Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, Ahli Lembaga Pengarah, YB Senator Datuk Dr. Haji Azhar Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan kanan Pharmaniaga. Terima kasih warga keluarga PT MPI Tbk kerana telah menganjurkan majlis yang meriah dan bermakna untuk semua. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan. Insya-Allah.