Majlis Rumah Terbuka Halal Bi Halal di Hotel Puri Khatulistiwa

Majlis Rumah Terbuka Halal Bi Halal di Hotel Puri Khatulistiwa

21 May 2022

Sempena meraikan bulan #Aidilfitri yang mulia ini, PT Errita Pharma, anak syarikat Pharmaniaga telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Halal Bi Halal di Hotel Puri Khatulistiwa, Indonesia pada 21 Mei 2022. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara kakitangan PT Errita Pharma dan Pharmaniaga. Rumah Terbuka dimeriahkan lagi dengan penyerahan sumbangan duit raya kepada 25 orang anak-anak yatim piatu dari Yayasan Al Masyiri Pondok Yatim Piatu dan Dhuafa. Sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga Berhad, YB Senator Datuk Dr. Haji Azhar Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah dan Bapak Joefly Joesoef Bahroeny, Presiden Komisaris PT Millennium Pharmacon International Tbk. Turut hadir, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan, En. Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif Kumpulan, dan barisan pengurusan kanan Pharmaniaga. Terima kasih warga keluarga PT Errita Pharma kerana telah menganjurkan majlis yang meriah dan bermakna untuk semua. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri!