Majlis Rumah Terbuka Pharmaniaga 2022

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pharmaniaga 2022

30 May 2022

Sebelum berakhirnya bulan Syawal yang penuh dengan kemuliaan ini, warga kerja Pharmaniaga telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pharmaniaga 2022 di Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam pada 30 Mei 2022. Majlis Rumah Terbuka ini telah disempurnakan lagi dengan penyerahan sumbangan duit raya, pensanitasi tangan dan Citrex Vitamin C kepada 47 orang anak yatim piatu dari Teratak Nur Barakah dan Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku. Turut hadir, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan, En. Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, Ahli Lembaga Pengarah, Dr Abdul Razak Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah, En. Izaddeen Daud, Ahli Lembaga Pengarah, Cik Sarah Azreen Abdul Samat, Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan kanan Pharmaniaga. Pihak Syarikat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu yang telah hadir bagi memeriahkan rumah terbuka semalam. Kami juga berharap rumah terbuka ini dapat mengukir senyuman kegembiraan kepada anda semua! Semoga kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan. Insya-Allah.