Lawatan pelajar Malaysia-Japan International Institute of Technology, UTM

28 January 2023

Pihak Syarikat berbesar hati menerima kunjungan sekumpulan pelajar dari Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia (MJIIT UTM) yang hadir membuat lawatan sambil belajar di ibu pejabat Pharmaniaga Berhad bertempat di Bukit Raja, Shah Alam.  Tujuan lawatan ini diadakan adalah supaya para pelajar mendapat pendedahan secara langsung dan menimba pengalaman industri farmaseutikal dan automasi khususnya. Pihak Syarikat berharap agar dengan pendedahan industri dan ilmu yang diberikan, para pelajar akan lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan pada masa akan datang. Selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar!