Misi Bantuan Banjir SK Taman Sri Muda

Misi Bantuan Banjir SK Taman Sri Muda

14 January 2022

Prihatin terhadap mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir 2021, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga bersama beberapa orang pihak pengurusan dan kakitangan telah meneruskan misi bantuan dengan membuat lawatan susulan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, pada 14 Januari 2022. Lawatan ini diadakan bagi mengenal pasti sebarang keperluan dan bantuan lanjut yang diperlukan oleh mereka. SK Taman Sri Muda ini telah mengalami kerosakan barang-barang keperluan bagi proses pengajaran dan pembelajaran akibat daripada kejadian banjir pada bulan yang lalu. Hasil daripada lawatan, pihak Pharmaniaga telah ambil maklum terhadap kerosakan barangan yang berlaku dan akan sedaya upaya menghulurkan bantuan yang diperlukan. Turut hadir, Puan Yang Fairuz Abdul Aziz, Pengarah Perkhidmatan Korporat, Encik Abdul Malik Mohamed, Pengarah Logistik dan Edaran, Dato’ Mohammad Imran Ismail, Pengurus Besar Kanan Pejabat Pengarah Urusan, Puan Suzana Yahya, Pengurus Besar Kanan Perolehan dan Pengurusan Fasiliti, Encik Rosti Ishak, Penjaga Jentera, Encik Mohd Khairulrizal Alias, Pengurus Perolehan dan Pengurusan Fasiliti dan Encik Ahmad Nazri Ahmad Tarmizi, Eksekutif Kanan Jabatan Komunikasi Korporat. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membantu untuk meringankan bebanan mereka.