Penyerahan Kelompok Terakhir Vaksin COVID-19 Sinovac

Penyerahan Kelompok Terakhir Vaksin COVID-19 Sinovac

22 July 2021

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pertahanan telah menyerahkan kelompok terakhir (last batch) vaksin COVID-19 Sinovac kepada YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan selaku wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sesi penyerahan itu disaksikan oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengerusi Pharmaniaga dan Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga. Penyerahan kelompok terakhir ini melakar sejarah buat Pharmaniaga kerana berjaya menyempurnakan kontrak pembekalan vaksin empat setengah bulan lebih awal dari tempoh yang dijadualkan.