Penyerahan Kunci Rumah Baharu Encik Che Aziz

Penyerahan Kunci Rumah Baharu Encik Che Aziz

6 March 2022

Warga Keluarga Pharmaniaga yang diwakili oleh Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat telah menyerahkan kunci rumah baharu kepada Encik Che Aziz. Rumah ini dibina bagi menggantikan rumah lama beliau yang telah hangus akibat kebakaran pada bulan Oktober yang lalu. Semoga bantuan ini dapat meringankan bebanan Encik Che Aziz sekeluarga bagi menjalani kehidupan seperti sediakala. Turut hadir wakil daripada UAC Berhad.