Perasmian cawangan baru PT MPI di Bogor

27 July 2023

Anak syarikat logistik dan pengedaran Pharmaniaga di Indonesia, PT Millennium Pharmacon International Tbk (MPI) cawangan Bogor, secara rasminya telah berpindah ke lokasi baru yang lebih besar demi memenuhi permintaan pasaran di Bogor, Indonesia. Pejabat dan gudang baharu ini mempunyai kapasiti dan keluasan yang lebih besar serta kemudahan yang lebih baik. Perasmian pejabat dan gudang baharu ini telah dilakukan oleh Bapak Joefly Joesoef Bahroeny; Presiden Komisaris dan Bapak Ahmad Abu Bakar; Presiden Direktur pada 27 Julai lepas. Diharapkan dengan perpindahan ini, tahap produktiviti dan prestasi warga kerja MPI cawangan Bogor dapat ditingkatkan dan terus mencapai kejayaan.
363829947_757718276355804_5752508539470090309_n