Perasmian pembukaan Hospital Bera

Perasmian pembukaan Hospital Bera

 

20 August 2022

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di atas pembukaan Hospital Bera! 👍🏻

 

Semoga hospital baharu ini bakal membantu penduduk-penduduk di daerah Bera mendapat kemudahan kesihatan yang lebih baik dan efisien. Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Hospital Bera, Pahang pada 20 Ogos 2022. Pihak Syarikat yang diwakili oleh YBhg Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga; YBhg Dato’ Najmuddin Abdullah, Ketua Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Pharmaniaga serta kakitangan telah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Turut hadir YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan; YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.