Perasmian Pusat Logistik dan Edaran Baharu di Pulau Pinang

Perasmian Pusat Logistik dan Edaran Baharu di Pulau Pinang

 

7  January 2023

Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB), anak syarikat milik penuh syarikat farmaseutikal terbesar di Malaysia, Pharmaniaga Berhad telah merasmikan pembukaan pusat logistik dan edaran baharunya di Pulau Pinang. Pusat logistik dan edaran baharu yang terletak di Kawasan Perindustrian Prai, Fasa 4, ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemindahan pejabat pengurusan PLSB serta pengembangan kapasiti penyimpanan gudang yang telah dimulakan sejak April 2021. Pusat logistik dan edaran baharu ini disasar untuk menambah kapasiti operasi Syarikat dan persediaan penyimpanan stok, bagi menampung permintaan perkhidmatan yang semakin meningkat daripada pelanggan di wilayah utara, terutamanya fasiliti kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.