Perasmian RoyalePharma 24/7 Mesin Layan Diri Pintar

Perasmian RoyalePharma 24/7 Mesin Layan Diri Pintar

 

8 September 2022

Pharmaniaga menambah lagi bilangan mesin layan diri pintar RoyalePharma 24/7 dengan menempatkan sebuah lagi mesin di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Tun Abdul Razak, Melaka. Majlis Perasmian RoyalePharma 24/7 Mesin Layan Diri Pintar yang telah diadakan pada 8 September yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed, Ketua Ekskutif PERKESO dan disaksikan oleh Dato’ Najmuddin Abdullah, Ketua Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Pharmaniaga Berhad. Ini merupakan mesin pertama yang ditempatkan di bangunan PERKESO dan di Melaka serta merupakan mesin ke-17 keluaran Syarikat.

 

Pihak Syarikat berharap Mesin Layan Diri RoyalePharma 24/7 ini dapat memberi kemudahan serta akses kepada pesakit dan kakitangan di situ untuk mendapatkan ubat belian kaunter dengan lebih mudah dan cepat. Turut hadir ialah Datuk Dr. Hafez Hussain, Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO (PRP) Tun Abdul Razak dan Lim Kean Joo, Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna dan Konsumer Pristine Pharma serta wakil daripada PERKESO dan Pharmaniaga.