Perasmian ‘RoyalePharma 24/7’ Mesin Layan Diri

Perasmian ‘RoyalePharma 24/7’ Mesin Layan Diri 

12 March 2022

Sempena Hari Terbuka GLC 2022, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah merasmikan ‘RoyalePharma 24/7’ mesin layan diri pintar yang menawarkan pelbagai jenis produk keluaran Pharmaniaga dan produk lain yang boleh didapati di laman web RoyalePharma. Mesin yang beroperasi 24 jam ini menawarkan kemudahan kepada semua lapisan pengguna yang sibuk bekerja dan mementingkan penjimatan masa. Ianya juga direka khas bagi pengguna untuk membeli ubat di waktu kecemasan. Antara lokasi-lokasi yang akan ditempatkan bagi mesin ini adalah seperti stesen minyak, hospital, universiti dan di kawasan tengah bandar. Semoga Pharmaniaga lebih maju dan berkembang sejajar dengan kemajuan teknologi dalam bidang peruncitan layan diri di samping terus memastikan ciri perkhidmatannya menepati trend semasa.