Perasmian ‘RoyalePharma Smart Vending Machine’

Perasmian ‘RoyalePharma Smart Vending Machine’

3 March 2022

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad Datuk Zulkarnain Md Eusope pada hari ini telah merasmikan ‘RoyalePharma Smart Vending Machine’ (mesin layan diri) yang menawarkan pelbagai jenis produk keluaran Pharmaniaga dan produk lain yang terdapat di laman web RoyalePharma. Bertujuan untuk memudahkan semua lapisan pengguna yang sibuk bekerja dan mementingkan penjimatan masa, mesin layan diri tanpa tunai yang beroperasi 24 jam ini direka khas bagi kegunaan di waktu kecemasan serta selamat dan mudah kerana bayaran boleh dibuat menggunakan ‘mobile-wallet’. Sejajar dengan keperluan pengguna di era baharu yang sentiasa mementingkan keselesaan, mesin layan diri ini mempunyai konsep seperti mesin ATM yang boleh digunakan untuk membeli ubat di kaunter farmasi. Antara lokasi yang bersesuaian untuk menempatkan mesin layan diri ini adalah di tempat yang sesak seperti di stesen minyak, hospital, universiti dan di kawasan tengah bandar. Semoga Pharmaniaga lebih maju dan berkembang sejajar dengan kemajuan teknologi dalam bidang peruncitan layan diri di samping terus memastikan ciri perkhidmatannya menepati trend semasa.