Pertandingan Paintball KSRBR 2023

7 February 2023

Kelab Sukan dan Rekreasi Bukit Raja (KSRBR) Pharmaniaga telah menganjurkan Pertandingan Paintball KSRBR 2023 di Mudtrekkerz Paintball Park, Shah Alam, baru-baru ini. Program ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim serta semangat kerjasama sesama warga kerja Pharmaniaga di samping memanfaatkan hari cuti dengan aktiviti sukan lasak. Seramai 100 orang kakitangan Pharmaniaga telah mengambil bahagian dan berpeluang untuk menunjukkan bakat menembak masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan kumpulan-kumpulan yang menang:

🏆 Juara- Free Spin

🏆 Tempat kedua- Money Heist

🏆 Tempat ketiga- Kumpau

🏆 Tempat keempat- Silver Bullet

Semoga kita berjumpa lagi pada aktiviti KSRBR seterusnya!