PharmaGREEN Eco Garden

 PharmaGREEN Eco Garden

 

5 August 2022

Anak Syarikat Pharmaniaga, Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd Sungai Petani (IPMSB SP) telah memanfaatkan kawasan kosong premis kilang itu dengan menjadikannya sebuah taman mini yang diberi nama Idaman’s Orchard. Kawasan itu telah diubah suai untuk aktiviti penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran oleh kakitangan Syarikat, selain menjadi tempat untuk mereka berehat bagi terapi minda. Hasil tanaman seperti jagung, bendi, cili padi, kunyit dan terung belanda akan diagih-agihkan kepada warga kerja. Program PharmaGREEN Eco Garden ini akan diteruskan dan dikembangkan lagi sebagai sebahagian daripada sokongan Syarikat mendokong inisiatif ESG dan kelestarian yang menjadi salah satu teras pengurusan kilang.