Pharmaniaga Santuni Kakitangan Terkesan Banjir

Pharmaniaga Santuni Kakitangan Terkesan Banjir 

6 February 2022

Prihatin terhadap warga keluarga Pharmaniaga yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku pada Disember tahun lalu, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga bersama pihak pengurusan dan kakitangan telah membuat lawatan susulan pasca banjir di sekitar kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam dan Hulu Langat. Lawatan ini diadakan bagi meninjau sendiri keadaan terkini rumah mangsa-mangsa banjir dan mengambil maklum terhadap bentuk bantuan lanjut yang diperlukan bagi membaik pulih sebarang kerosakan yang diperlukan oleh mereka. Turut hadir, Puan Yang Fairuz Abdul Aziz, Pengarah Perkhidmatan Korporat, Encik Abdul Malik Mohamed, Pengarah Logistik dan Edaran, Dato’ Mohammad Imran Ismail, Pengurus Besar Kanan Pejabat Pengarah Urusan dan Puan Norhana Nawawi Suri, Pemangku Ketua Bahagian Hal Ehwal Regulatori. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membantu untuk meringankan bebanan mereka.