Sumbangan infaq kepada PPKI SMK Seksyen 7

8 August 2023

Alhamdulillah, wakil daripada Surau As-syifa Bukit Raja (BR) yang diketuai oleh En. Muhammad Najib Ambak; Pengerusi Surau As-syifa BR telah menyerahkan sumbangan infaq berbentuk wang tunai kepada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Seksyen 7, Shah Alam, semalam. Sumbangan ini akan digunakan untuk menaik taraf kelas pengurusan diri serta kemudahan bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas di bawah PPKI. Terima kasih kepada warga kerja yang telah bersama-sama memberikan sumbangan ini melalui tabung infaq Jumaat. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar-pelajar berkenaan, insya-Allah.