Program Agihan Ayam Segar untuk Fakir & Miskin

Program Agihan Ayam Segar untuk Fakir & Miskin 

26 April 2022

Pihak Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd Sungai Petani (IPMSB SP) telah bekerjasama dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi menganjurkan Program Agihan Ayam Segar untuk Fakir & Miskin pada 26 April 2022. Beberapa orang warga kerja IPMSB SP telah mewakili pihak Syarikat untuk mengagihkan ayam segar yang bernilai sebanyak RM24,300 kepada golongan asnaf yang tinggal di sekitar daerah Kuala Muda, Kedah. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup.