Program Derma Darah IPMSB SP

Program Derma Darah IPMSB SP

28 June 2022

Alhamdulillah, Program Derma Darah anjuran anak syarikat Pharmaniaga, Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd Sungai Petani (IPMSB SP) telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kerja di sana. Program kerjasama bersama Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani ini telah diadakan di kafeteria IPMSB SP pada 28 Jun 2022 yang lalu. Kira-kira 55 orang warga kerja telah tampil menderma darah. Program ini bukan sekadar untuk menambah bekalan darah di HSAH, malah memupuk nilai integriti dan prihatin dalam setiap individu bagi membantu mereka yang memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja yang telah membantu menjayakan program ini. Semoga program-program seperti ini dapat menyuntik kesedaran kepada lebih ramai lagi individu untuk menyertai di masa akan datang.