Program Derma Darah Pharmaniaga

Program Derma Darah Pharmaniaga

19 January 2022

Bagi menyokong usaha mengatasi isu kekurangan bekalan darah negara, syarikat Pharmaniaga telah menganjurkan Program Derma Darah selama dua hari, iaitu pada 19 dan 20 Januari di Bukit Raja, Shah Alam. Program kerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang ini terbuka kepada semua kakitangan Pharmaniaga. Program ini telah berjaya mengumpul sebanyak 127 beg darah yang akan disumbangkan kepada HTAR. Semoga program ini dapat membantu dan menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.