Program Derma Darah

Program Derma Darah 

26 March  2022

Seramai 15 orang wakil Skuad Operasi Sihat (SOS) Pharmaniaga cawangan Kota Kinabalu, Sabah telah menyertai program derma darah untuk membantu Pusat Darah Negara yang mengalami masalah kekurangan bekalan darah. Program Derma Darah telah diadakan di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah, Kota Kinabalu, Sabah pada 26 Mac 2022. Syabas diucapkan kepada semua wakil SOS yang terlibat kerana sudi meluangkan masa dalam menjayakan program tersebut.