Program gotong-royong Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd

Program gotong-royong Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd

25 November 2021

Program gotong-royong anjuran pihak Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) telah diadakan di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, Selangor pada hari ini. Program yang telah disertai oleh seramai 118 kakitangan PLS ini adalah salah satu langkah dominan untuk membersihkan dan menceriakan kawasan di persekitaran Taman Perindustrian Puchong Utama. Selain membersihkan kawasan sekitar, aktiviti lain juga turut dianjurkan seperti Program Xchange Recycling, 5S di ruang kerja, kejohanan ping pong serta cabutan bertuah. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu telah berjaya mengumpul sebanyak 40.8kg bahan kitar semula dan 15.1kg botol plastik bagi Program Xchange Recycling. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
261117690_4554797367934083_8685357560352255316_n
260669284_4554796831267470_2454375871430518240_n
260669361_4554797317934088_2528244237085267298_n
260584321_4554797134600773_469610519692417337_n
261002424_4554796941267459_3818120563879648951_n
260843685_4554797251267428_8088624468456141842_n
260699459_4554796807934139_1647816771027473990_n
260621747_4554797021267451_631838500791847071_n