Program Hari Keluarga dan Kelestarian 2022 IPMSB SP

24 December 2022

Anak syarikat Pharmaniaga Berhad, Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd, Sungai Petani (IPMSB SP) telah menganjurkan program Hari Keluarga dan Kelestarian 2022 di Keda Resort, Bendang Man, Sik, Kedah pada bulan Disember yang lalu. Program Hari Kelestarian ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran warga kerja IPMSB SP terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar menerusi aktiviti menanam pokok. Untuk program Hari Keluarga pula, pelbagai acara sukaneka yang menarik turut diadakan bagi merapatkan lagi silaturahim antara pihak pengurusan, warga kerja dan ahli keluarga yang hadir. Pihak Syarikat berharap program ini dapat meningkatkan lagi kesedaran warga IPMSB SP mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar di samping memberikan semangat dan motivasi yang lebih utuh dalam pekerjaan seharian.