Program Hero Ramadan

Program Hero Ramadan

2 May 2021

Sebanyak 120 bungkus juadah berbuka puasa telah diberikan kepada petugas barisan hadapan sempena Program Hero Ramadan.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope, selaku wakil daripada Pharmaniaga Berhad telah menyerahkan

sumbangan tersebut kepada Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Bin Mohamed di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor,

Seksyen 9, Shah Alam. Selain itu, wakil kami turun memberikan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan

di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Daerah serta balai polis yang

terpilih di kawasan Lembah Klang.