Program Kembali ke Sekolah

Program Kembali ke Sekolah 

17 March 2022

Pihak Pharmaniaga yang diwakili oleh Encik Roslan Abd Rahman, Penolong Pengurus Besar Gudang dan Edaran telah menyumbangkan bantuan kepada 30 orang pesakit kanak-kanak yang kurang berkemampuan dari Hospital Shah Alam, pada 12 Mac bagi membantu melengkapkan persediaan mereka untuk kembali ke sekolah. Sumbangan kami telah digunakan untuk membeli barang kelengkapan persekolahan seperti set pakaian seragam, kasut, beg sekolah, stoking, serta alat tulis. Pihak Syarikat berharap agar sumbangan ini dapat membakar semangat mereka untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjalani sesi pembelajaran dengan lebih ceria. Selamat kembali ke sekolah!