Program Kembali ke Sekolah

Program Kembali ke Sekolah 

23 January 2022

Alhamdulillah, pihak Pharmaniaga berpeluang memberikan bantuan barangan kelengkapan persekolahan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (RuKTAA) di Raub, Pahang bagi persediaan kembali ke sekolah pada bulan Mac akan datang. Barangan kelengkapan yang telah disumbangkan adalah set pakaian seragam, kasut, beg sekolah, stoking serta alat tulis kepada penghuni RuKTAA yang terdiri daripada 28 orang anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan. Pihak Syarikat berharap agar sumbangan ini dapat menyuntik semangat mereka untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjalani sesi pembelajaran dengan lebih ceria. Selamat kembali ke sekolah!