Program Kit Bantuan Bencana Sinar Karangkraf

Program Kit Bantuan Bencana Sinar Karangkraf

 

17 November 2022

Bagi menyokong Program Kit Bantuan Bencana Sinar Karangkraf, pihak Syarikat telah turut serta dalam menghulurkan bantuan sumbangan produk-produk Pharmaniaga iaitu Citrex Vitamin C dan Actimol. Sumbangan ini akan disertakan bersama kit persediaan banjir yang lain dan diberikan kepada komuniti penduduk yang terkesan dengan bencana alam khususnya banjir. Sesi penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Dato’ Najmuddin Abdullah, Ketua Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Pharmaniaga kepada En. Nik Justin Nik Mohd Ariffin, Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Sinar Karangkraf dan Haji Hashim Merana Anang, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat.