Program “Let’s Save Our Turtles”

Program “Let’s Save Our Turtles” 

4 January 2022

Program “Let’s Save Our Turtles” yang dianjurkan oleh Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd (Seri Iskandar) telah diadakan pada 4 Januari di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari, Lumut, Perak. Program yang bermula pada jam 4 petang ini telah dimulai dengan aktiviti gotong-royong di persisiran Pantai Pasir Panjang yang merupakan kawasan pendaratan dan pembiakan penyu. Aktiviti memberi makan dan menanam 93 biji telur penyu di sarang penetasan turut diadakan. Pada hari itu juga, 40 ekor anak penyu telah dilepaskan ke laut oleh kakitangan Idaman Pharma. Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran serta membantu melindungi dan memelihara penyu yang semakin terancam di negara kita.