Program Sumbangan Agihan Zakat Wakalah 2021

Program Sumbangan Agihan Zakat Wakalah 2021

22 April 2022

Sempena program Sumbangan Agihan Zakat Wakalah 2021, pihak Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd Sungai Petani (IPMSB SP) telah menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di sekitar daerah Kuala Muda, Kedah pada 22 April 2022. Seramai 375 keluarga telah menerima bantuan keperluan makanan seperti beras, minyak masak, biskut dan wang tunai. Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Shamsul Anwar Harun, Ketua Kilang IPMSB SP. Pihak Syarikat berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.