Program Wacana Ilmu

19 January 2024

Pharma Cafe Bukit Raja telah menganjurkan Program Wacana Ilmu: Bijak Rancang Legasi Keluarga dan Promotional Booth. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tetuan Sharen Alzalip & Co. dan PennaWaris Sdn Bhd HQ. Perkongsian tersebut bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep pembahagian harta pusaka serta memberi pendedahan tentang kepentingan pewarisan harta. Turut serta, Affin Bank dan FWD Takaful yang berkesempatan mempromosikan produk mereka. Terima kasih kepada para hadirin dan tetamu kerana telah bersama-sama menjayakan program tersebut! Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberikan manfaat dan membawa inspirasi serta kesedaran dalam merancang legasi keluarga.