Program Ziarah Prihatin Terima Kasih Cikgu

Program Ziarah Prihatin Terima Kasih Cikgu

11 May 2022

Sempena dengan “Program Ziarah Prihatin Terima Kasih Cikgu”, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi peluang kepada syarikat Pharmaniaga dengan kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN) untuk menziarahi rumah Cikgu Zaharuddin, yang telah lumpuh akibat terjatuh kira-kira tiga tahun lalu, pada 11 Mei 2022 di Kajang, Selangor. Program yang dianjurkan ini merupakan salah satu inisiatif bersama bagi meraikan Hari Guru pada tahun ini dengan tujuan untuk memberi bantuan kepada tenaga pengajar yang memerlukan di samping menghargai jasa mereka dalam mendidik anak-anak bangsa. Syarikat telah berbesar hati menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian dan peralatan penjagaan kesihatan untuk meringankan beban beliau. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. Turut hadir, YBhg Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat Pharmaniaga dan En. Hardian Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YDN. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu Cikgu Zaharuddin sekeluarga. Jasa dan bakti beliau sentiasa dikenang dan dihargai. Selamat Hari Guru!