Program Ziarah Terima Kasih Cikgu @Sarawak (Cikgu Abg Su’uadi)

1 February 2023

Program Ziarah Terima Kasih Cikgu, sebuah program kerjasama antara Pharmaniaga Berhad, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Didik Negara (YDN) diteruskan lagi pada tahun ini ke negeri Sarawak. Program ini diadakan bagi menyantuni warga pendidik yang memerlukan bantuan dan menghargai jasa mereka. Untuk program kali ini, pihak Syarikat telah menghantar beberapa orang wakil dari cawangan Bukit Raja dan Sarawak untuk menziarahi Cikgu Abg Su’uadi Abg Ayak. Beliau merupakan guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako, PPD Padawan yang telah menghidapi penyakit jantung dan strok sejak tahun lepas. Pihak Syarikat telah menghulurkan sumbangan produk-produk kesihatan Pharmaniaga seperti Citrex Vitamin C, Actimol, Arnia Madu Kelulut, Citrex Multivitamin Gummies dan Sweet Royale. Kami mendoakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan jasa dan bakti sebagai guru.