Program Ziarah Terima Kasih Cikgu @ Sarawak (Cikgu Mohd Khairil Fitrie)

2 February 2023

Program Ziarah Terima Kasih Cikgu dengan kerjasama Pharmaniaga Berhad, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan Yayasan Didik Negara (YDN) diteruskan lagi ke rumah Cikgu Mohd Khairil Fitrie/Washington Anding di Kuching, Sarawak. Yang Berhormat Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia turut hadir bagi menyantuni Cikgu Khairil. Cikgu Khairil sudah berkhidmat sebagai seorang guru selama 35 tahun, namun perkhidmatan beliau terhenti seketika kerana beliau telah lumpuh separuh badan sejak bulan Julai tahun lalu. Semasa lawatan, pihak Syarikat telah memberikan bantuan sumbangan berbentuk ‘transfer wheelchair’ dan katil pesakit untuk memudahkan urusan harian beliau.  Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung Cikgu Khairil, dan semoga beliau terus cekal menghadapi ujian ini.