Program Ziarah Terima Kasih Cikgu @ Sarawak (Cikgu Nur Syafiqa Abdullah)

3 February 2023

Program Ziarah Prihatin Terima Kasih Cikgu, sebuah program kerjasama antara Pharmaniaga Berhad, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan Yayasan Didik Negara (YDN) diteruskan dengan menziarahi Cikgu Nur Syafiqa Abdullah di Kuching, Sarawak yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini. Untuk ziarah kali ini, pihak KPM yang diketuai oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, pihak Syarikat yang diwakili oleh Dato’ Najmuddin Abdullah, Ketua Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Pengguna, beserta wakil-wakil daripada YDN dan Pejabat Pendidikan Daerah Sarawak (PPD) telah menghulurkan sumbangan berbentuk produk-produk kesihatan Pharmaniaga seperti Citrex Vitamin C, Actimol, Arnia Madu Kelulut, Citrex Multivitamin Gummies dan Sweet Royale. Semoga Cikgu Syafiqa sekeluarga sentiasa cekal menghadapi ujian ini agar dapat menjalani kehidupan semula seperti sedia kala.