Program Ziarah Terima Kasih Cikgu @ Bangi (Cikgu Nurfaridah)

20 February 2023

Program Ziarah Terima Kasih Cikgu, program kerjasama antara Pharmaniaga Berhad, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Didik Negara (YDN) yang bertujuan membantu warga pendidik yang memerlukan, telah hadir menyantuni Cikgu Nurfaridah Abu Samah di Bangi, Selangor. Cikgu Nurfaridah yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di SMK Bandar Baru Bangi telah didapati menghidap beberapa jenis penyakit kronik sejak tahun 2019. Prihatin dengan kondisi beliau, pihak Syarikat menghulurkan kerusi roda elektrik kepada Cikgu Nurfaridah supaya pergerakan dan urusan harian beliau dipermudahkan. Kami mendoakan Cikgu Nurfaridah sekeluarga cekal menghadapi ujian ini dan diberikan kesihatan yang baik agar dapat kembali berjuang sebagai warga pendidik bangsa dan negara.