Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Kelantan

Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Kelantan

15 May 2022

Program Ziarah Terima Kasih Cikgu dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pharmaniaga Berhad dan Yayasan Didik Negara (YDN) ini diteruskan lagi ke negeri seterusnya di Kelantan pada 15 Mei 2022. Program jelajah sempena Sambutan Hari Guru 2022 ini diadakan bagi menyantuni warga pendidik yang memerlukan bantuan dan menghargai jasa mereka. Semasa program dijalankan, pihak Syarikat serta wakil daripada pihak KPM dan pihak YDN telah melawat Cikgu Nik Azuar Nik Riffin di Guchil Bayam, Kota Bharu. Beliau merupakan bekas guru di SK Ismail Petra 2, Kota Bharu yang telah menghidap strok selama setahun dan telah menyebabkan pergerakan serta percakapan beliau terbatas. Syarikat telah menyumbangkan kerusi roda elektrik untuk memudahkan pergerakan beliau. Sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga. Turut hadir, YBhg. Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat Pharmaniaga, YBhg. Dato’ Mohamed Imran Ismail, Pengurus Besar Kanan Pharmaniaga, En. Hardian Hadir Ketua Pegawai Eksekutif YDN dan Tuan Hj. Saipul Bahari, Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Kota Bharu. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang ditanggung dan beliau diberikan kesihatan yang lebih baik.