Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Pahang

Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Pahang

 

5 August 2022

Program Ziarah Prihatin Terima Kasih Cikgu siri ke-7 diteruskan ke negeri Pahang pada 5 Ogos 2022. Untuk lawatan ini, pihak Syarikat telah menziarahi Cikgu Norhaliza Razali yang merupakan seorang guru di SK (LKTP) Bukit Goh Kuantan, Pahang. Beliau kini menghidap penyakit darah tinggi kronik dan strok sejak awal tahun 2022.

Bagi menzahirkan sokongan kepada Cikgu Norhaliza, pihak Pharmaniaga telah memberikan bantuan sumbangan alatan penjagaan kesihatan seperti kerusi roda dan lampin dewasa. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Ahmad Nazri Ahmad Tarmizi, Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat Pharmaniaga dan disaksikan oleh Pn. Raja Rosidah Raja Ishak, Guru Besar SK (LKTP) Bukit Goh.

Turut hadir wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang Pn. Hajah Norazizah Kamarudin, Kaunselor Pendidikan Negeri, En. Juraimi Mohamad, Kaunselor Pendidikan Daerah dan Pn. Rozita Talib, Ketua Pembantu Tadbir Unit Perkhidmatan.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang ditanggung dan beliau diberikan kesihatan yang lebih baik.