Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Perak

 Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Perak

 

2 August 2022

Program Ziarah Terima Kasih Cikgu dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pharmaniaga Berhad dan Yayasan Didik Negara (YDN) siri ke-4 diteruskan ke negeri seterusnya di Negeri Perak pada 2 Ogos 2022. Program jelajah sempena Sambutan Hari Guru 2022 ini diadakan bagi menyantuni warga pendidik yang memerlukan bantuan dan menghargai jasa mereka. Wakil-wakil daripada Pharmaniaga, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah melawat seorang guru dari SMK Bercham, Cikgu Zabidah Kintan. Beliau mengidap penyakit diabetis kronik sehingga kakinya terpaksa dipotong dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan. Mewakili Pharmaniaga adalah Puan Satariah Abdul Kadir, Ketua Jabatan Sumber Manusia, Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd (IPMSB) Seri Iskandar yang telah menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian dan peralatan penjagaan kesihatan untuk meringankan beban beliau. Turut hadir adalah Haji Nik Supian Awang, Pengetua SMK Bercham, Haji Zolkepli Zainol Din, Ketua Kaunselor Pendidikan JPN Perak dan Mohd Hafiz Bin Mohamad Noopiah, Penolong Pengarah JPN Perak. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang ditanggung dan diberikan kesihatan yang lebih baik. Insya-Allah