Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Perlis

Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Perlis

 

4 August 2022

Program Ziarah Prihatin Terima Kasih Cikgu dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kangar, Pharmaniaga Berhad, Yayasan Didik Negara (YDN) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis siri ke-6 diteruskan lagi ke negeri Perlis pada 4 Ogos 2022. Program ini diadakan bagi menghargai jasa warga pendidik dan menyantuni mereka yang memerlukan bantuan.
Bagi siri ke-6 ini, wakil daripada PPD Kangar, JPN Perlis dan Pharmaniaga tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Cikgu Noor Aishah Yahaya disebabkan oleh kemalangan yang menimpa sehingga beliau perlu dimasukkan ke hospital. Untuk makluman, Cikgu Aishah merupakan seorang guru yang mengajar di SK Kampong Salang, Perlis. Beliau kini menghidap beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, strok dan fibroid.
Semasa lawatan, pihak Syarikat telah menghulurkan sumbangan peralatan penjagaan kesihatan seperti lampin dewasa, kerusi roda dan ‘walker’ untuk memudahkan kehidupan seharian beliau.
Sumbangan berikut telah disampaikan oleh Puan Husnah Ismail, Pengurus Kanan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (cawangan Juru) kepada ahli keluarga Cikgu Aishah. Turut hadir En. Latif Badri, Kaunselor PPD dan Pn. Fazilah Othman, Guru Besar SK Kampong Salang. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung dan pihak Syarikat berharap beliau diberikan kesihatan yang lebih baik.