Projek PharmaApprentice

Projek PharmaApprentice

 

22 September 2022

Pharmaniaga telah menganjurkan program motivasi yang merupakan kesinambungan daripada #ProjekPharmaApprentice yang telah dirasmikan sebelum ini pada bulan Mei yang lalu. Program kali ini diadakan di Hotel Best-Western i-City, Shah Alam pada 22 September 2022 untuk memupuk semangat ingin belajar dalam kalangan pelajar. Program ini telah dihadiri oleh 34 orang peserta #PharmaApprenticeProject dan guru-guru pengiring dari tujuh buah sekolah di sekitar daerah Petaling, Selangor. Program siri pertama di bawah Projek PharmaApprentice ini dimulakan dengan sesi ceramah motivasi berkenaan kerjaya dan pembelajaran. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh En. Luqman Ibrahim, Kaunselor Berdaftar Pharmaniaga Berhad dan diikuti oleh tetamu jemputan, Ustaz Don Daniyal Biyajid.

 

Semasa program dijalankan, para pelajar telah menerima baucar buku bernilai RM250, kad identifikasi elaun makanan yang boleh digunakan di koperasi atau kantin sekolah serta pemberian baucar baju sekolah dan festival perayaan. Sesi penyerahan telah disampaikan oleh Puan Suzana Yahya, Pengurus Besar Kanan Pharmaniaga kepada pelajar-pelajar dan disaksikan oleh En. Khairul Anuar Haji Awang, Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Turut hadir, En. Ezuwan , Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid JPN Selangor, Puan Khairah Binti Salleh, Pegawai Deposit Pelajar Bank Simpanan Nasional Selangor dan kakitangan Pharmaniaga. Pihak Syarikat berharap program yang diadakan pada hari ini dapat meningkatkan motivasi para pelajar untuk menjalani sesi pembelajaran mereka dengan lebih bersemangat untuk menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang.