Serahan Sumbangan Komputer Riba kepada pelajar SMK Jalan Kebun

Serahan Sumbangan Komputer Riba kepada pelajar SMK Jalan Kebun

24 May 2022

Bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, Shah Alam, pihak Syarikat berbesar hati menyalurkan 10 buah komputer riba kepada mereka. Sesi penyerahan sumbangan yang diadakan pada 24 Mei 2022 ini, telah disempurnakan oleh Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat, Pharmaniaga. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu para pelajar dalam meneruskan sesi pembelajaran mereka dengan lebih berkesan dan efisyen.