Serahan Sumbangan Rumah Baharu kepada Encik Che Aziz

Serahan Sumbangan Rumah Baharu kepada Encik Che Aziz

15 May 2022

Dua Syarikat ahli Kumpulan Boustead, Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan UAC Berhad (UAC) telah menyerahkan sumbangan sebuah rumah baharu untuk mangsa kebakaran, En. Che Aziz Che Teh pada 15 Mei 2022 di Kampung Kubang Palas, Kelantan. Kisah tragis yang berlaku pada 14 Oktober 2021 itu telah memusnahkan kesemua harta benda mereka dan menyebabkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Kisah itu telah mendapat perhatian Pharmaniaga bagi membina sebuah rumah baharu untuk En. Che Aziz di tapak rumah yang asal. Usaha ini turut disokong oleh syarikat pengeluar bahan binaan, UAC yang menaja sebahagian daripada kos pembinaan. Alhamdulillah rumah ini telah siap sepenuhnya pada 15 Februari 2022 dan En. Che Aziz dan keluarga dapat menyambut ibadah Ramadan dan Aidilfitri di rumah baharunya. Penyerahan telah disampaikan oleh Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga. Turut hadir, YBhg. Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat Pharmaniaga, YBhg. Dato’ Mohamed Imran Ismail, Pengurus Besar Kanan Pharmaniaga, Ustaz Ameer Azeezy Tuan Abdullah, Ketua Pegawai Zakat Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan, En. Ahmad Taqiuddin Yusuf, Jabatan Kebajikan Masyarakat Tumpat Kelantan dan Tuan Hj. Rusydee Abdullah, Ketua Jajahan Tumpat.