Sumbangan Anak Yatim mangsa COVID-19

Sumbangan kepada anak yatim mangsa COVID-19

3 Ogos 2021

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope bersama-sama kakitangan Pharmaniaga dan Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) telah menyerahkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada Cik Siti Khatijah Sabri di Kampung Baru, Puchong. Cik Siti Khatijah yang juga merupakan wargakerja PLS mengambil tanggungjawab menjaga empat orang anak buahnya yang berusia 7, 8, 11 dan 13 tahun. Mereka telah kehilangan ibu pada 23 Julai 2021 akibat dijangkiti wabak COVID-19, manakala ayah mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2019. Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka untuk meneruskan hidup dan memberi sedikit keceriaan kepada anak-anak ini.