Sumbangan Bencana Banjir Pantai Timur

20 January 2023

Prihatin terhadap petugas Pharmaniaga yang terkesan akibat bencana banjir di daerah Pantai Timur, pihak Syarikat yang diwakili oleh beberapa kakitangan dari Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran serta Jabatan Pengurusan Risiko telah membuat lawatan susulan ke Pasir Mas serta Tumpat, Kelantan dan Jerteh, Terengganu pada 19 dan 20 Januari yang lalu. Semasa lawatan, pelbagai sumbangan seperti beg makanan dan ubat-ubatan, kotak makanan asas serta pakaian hasil sumbangan daripada kakitangan Pharmaniaga telah diberikan kepada tiga orang petugas serta jiran-jiran di sekitar yang turut terkesan akibat musibah banjir ini. Ini merupakan salah satu usaha kecil pihak Syarikat dalam menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warga kerjanya. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung dan meringankan kesukaran yang dialami.