Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Malaysia

Sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Malaysia

 

17 FEBRUARY 2021

Pharmaniaga Berhad bersama-sama anak syarikatnya iaitu Pharmaniaga Manufacturing Berhad (PMB) dan Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS)

telah menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan harian, produk Pharmaniaga serta wang tunai kepada Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak

Terencat Akal Malaysia yang menempatkan kanak-kanak kurang upaya intelektual secara percuma. Penyerahan telah disempurnakan oleh En. Harry Ng,

En. Lee Hun Yuan dan En. Wong Yip Mun yang merupakan wakil dari PMB dan PLS kepada En. Ng Keanu, wakil persatuan itu di Petaling Jaya, Selangor. 

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka.