Sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin Amal Budi Bestari

Sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin Amal Budi Bestari 

21 April 2022

Sempena bulan Ramadan, pihak Pharmaniaga cakna dalam memastikan golongan yang kurang bernasib baik ini tidak dipinggirkan dan sentiasa menerima bantuan secukupnya. Pharmaniaga Reseach Centre Sdn Bhd, anak syarikat Pharmaniaga Berhad menyampaikan sumbangan berbentuk baju raya, duit raya, beg sekolah, alat kelengkapan mandi, vitamin C dan sebagainya kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin Amal Budi Bestari pada 21 April 2022 di Shah Alam. Rasa syukur jelas terpancar di wajah anak-anak yang diraikan ini. Pihak Syarikat berharap agar sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada mereka.