Sumbangan kepada Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku

24 July 2023

Alhamdulillah, wakil daripada Surau Assyifa Pharmaniaga Bukit Raja telah menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku, sebuah pusat penjagaan anak-anak yatim di Bandar Bukit Raja, Selangor. Sumbangan ini adalah hasil sebahagian daripada kutipan infak daripada warga kerja Pharmaniaga di Bukit Raja, Shah Alam yang dikumpul pada setiap hari Jumaat. Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan anak-anak di pusat penjagaan ini, insya-Allah.